AItoSong logoAItoSong

PENGAWALAN

PopRockMale Vocals
Creato da:AItoSong
Creato:26 lug 2026
Durata:4:01
Verse 1
Mari kawan kita mula mengulang kaji,
Bab pengawalan pastikan kita bijak dan uji.
Apa maksudnya? Pantau prestasi kerja,
Pastikan matlamat akhir organisasi terjaga!
Kepentingannya pula sangatlah besar,
Cegah kesilapan kecil, pantau kos agar tak kasar,
Ikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan,
Tindakan pembetulan segera kita laksanakan!
​(Chorus)
Empat langkah proses kawalan utama,
Tiga kaedah kita hafal bersama!
Biar perniagaan capai matlamat jaya,
Nota penting ini panduan kita!
​(Verse 2)
Langkah pertama: Menetapkan Standard,
Piawaian prestasi jelas dan standard.
Ditetapkan dengan teliti, boleh diukur nyata,
Agar matlamat organisasi tercapai serta-merta!
​Langkah kedua: Mengukur Pencapaian,
Lihat prestasi sebenar waktu pelaksanaan.
Secara kuantitatif kita perhati dan nilaikan,
Sejauh mana hasil kerja telah disempurnakan.
​Langkah ketiga: Membandingkan Pencapaian,
Kenal pasti jurang dalam perbandingan.
Sama ada standard tercapai atau sebaliknya,
Penyimpangan dikesan untuk dianalisis datanya!
​Langkah keempat: Membuat Langkah Pembetulan,
Cari punca masalah, atasi kesilapan.
Jika ada perbezaan atau ruang yang tertinggal,
Tindakan diambil segera agar tidak tinggal!
​(Chorus)
Empat langkah proses kawalan utama,
Tiga kaedah kita hafal bersama!
Biar perniagaan capai matlamat jaya,
Nota penting ini panduan kita!
​(Verse 3)
Sekarang kita lihat kaedah pula,
Tiga bahagian jangan lupa mula!
Pertama, Kawalan Awalan sebelum pengeluaran,
Semak bahan mentah, mesin, tenaga kerja di lapangan!
​Kedua, Kawalan Semasa ketika proses berjalan,
Pantau setiap aktiviti, elak cacat dan kesilapan!
Ketiga, Kawalan Selepas produk siap sempurna,
Pemeriksaan dan pensampelan dijalankan bersama,
Supaya barang kurang kualiti tak dipasarkan,
Nama baik syarikat terus diselamatkan!
​(Outro)
Standard dan kaedah semuanya tersemat,
Hafal lirik ini, exam kita buat dengan hebat!ik

Crea la tua musica con l'AI

Genera brani di qualità studio in pochi secondi